Peraturan permainan Gantz

Gantz memaksa para pemain untuk memburu dan membunuh makhluk asing yang hidup secara rahsia di sekitar Jepun. Untuk membantu misi mereka, alat radar, senjata dan baju khas dibekalkan. Mereka yang terlibat mempunyai sebuah bom mini yang ditanam di dalam kepala mereka. Ini adalah supaya mereka tidak keluar daripada kawasan yang dibenarkan, iaitu kira-kira satu kilometer persegi. Jika para pemain keluar daripada kawasan ini atau memberi sebarang maklumat tentang kewujudan Gantz, bom mini tersebut akan meletup. Ini hanyalah berkesan jika sesorang itu bekata-berkata secara lisan.

Jika para pemain berjaya menghabiskan misi yang diberikan, mereka akan kembali ke bilik Gantz dengan keadaan serba pulih dan baik (walaupun mereka nyawa-nyawa ikan ataupun kehilangan tangan dan/atau kaki). Mereka yang mati atau terbunuh di dalam misi tidak akan kembali ke bilik Gantz. Sejurus selepas semua mereka yang terselamat kembali ke bilik itu, Gantz akan mula mengira mata yang dikumpulkan para pemain berdasarkan jumlah musuh yang berjaya dibunuh dan kemudian membebaskan mereka. Pintu yang sebelum ini tidak boleh disentuh akan terbuka dan mereka dibenarkan pulang untuk masa yang singkat sahaja. Gantz akan memanggil mereka kembali ke biliknya selang beberapa hari kemudian.

Para pemain yang berjaya mengumpul mata sebanyak 100 atau lebih diberikan tiga pilihan yang berikut, di mana mereka perlu memilih satu daripadanya:

  1. Dibebaskan dan memori mereka akan kewujudan Gantz dan permainan ini dihapuskan.
  2. Diberikan sebuah senjata yang hebat.
  3. Bangkitkan salah seorang pemain Gantz yang telah terkorban.